Senarai Keperluan Umrah

Pastikan barang-barang keperluan beg tangan ("hand luggage") dan beg besar ("checked-in luggage") diagihkan dengan rapi dan secukupnya.
Bagi tujuan keselamatan, jemaah tidak digalakkan membawa bersama barangan kemas, kad kredit dan ATM bagi mengelakkan permasalahan seperti kehilangan berlaku. 

Bersama-sama dengan jemaah , sila pastikan barang-barang dibawah sentiasa bersama anda apabila hendak menaiki kapal terbang.
- Passport.
- Tiket penerbangan.
- Duit Malaysia dan Saudi secukupnya.

Alatan ibadah seperti Al-Quran kecil, Al-Mathurat, Tasbih, dan buku panduan ibadah umrah dibawa bersama kemana-mana sahaja (spt masjid, ziarah, dll) bagi mengisi masa lapang anda. Alatan ibadah ini disimpan didalam beg kecil yg dibawa bersama.

Pakaian yg dibawa boleh dicuci dan diseterika apabila sampai disana kelak. Adalah digalakkan jemaah untuk berinteraksi dgn ketua jemaah anda berkenaan dengan perkhidmatan dobi yang disediakan oleh pihak hotel atau agen umrah anda. Jemaah adalah tidak digalakkan untuk mengambil perkhidmatan dobi secara sendirian kerana harga yang dikenakan adalah lebih mahal.

Muat turun senarai penuh keperluan Umrah anda sini! : 
Senarai keperluan Umrah bg Jemaah Lelaki.
Senarai keperluan Umrah bg Jemaah Wanita.